Showing posts with label Nursyuhada Borhanodin. Show all posts
Showing posts with label Nursyuhada Borhanodin. Show all posts

Monday, 24 June 2013

selamat menjalani ibadah puasa....

assalammualaikum..
kepada kawan-kawan sekuliah kami sesi 2012/2013 kami semua dari admin blog terjemahan arab-melayu-arab 1 ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang bakal menghampiri kita semua sebagai umat islam. marilah sama-sama kita berdoa supaya diberi kesempatan untuk terus mendapat dan merasai nikmat Pencipta kita yang masih memberi kita nyawa dan nafas untuk meneruskan kehidupan.

dan tidak lupa juga kepada pensyarah kami,dr, maheram bin ahmad,yang tidak jemu-jemu memberi kami kata-kata semangat untuk terus berjuang dalam medan peperiksaan. untuk mencurahkan segala ilmu yang telah beliau ajari. terima kasih banyak-banyak doktor. semoga kita semua akan bertemu kembali pada masa hadapan,jika diizinkan Allah.

dan kepada semua kawan-kawan kami semoga kamu semua dan juga kami akan mendapat keputusan yang terbaik untuk peperiksaan pada semester 2 ini. semoga mendapat keputusan yang cemerlang. bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. InSyaAllah,dengan izin-Nya.

kami semua juga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berhari raya kepada semua yang melawati blog kami. terima kasih banyak-banyak.

wink^^^^wink^^^^...
SYUKRAN JAZILAN

Monday, 10 June 2013

JOM MAIN-MAIN (PART 2)

Assalamualaikum...

Ok, jom lari sekejap dari stress nak exam,jom tambah mufradat.Jom sambung main terjemah-terjemah lagi :)


PART 2 (BM-ARAB)

Nak try skill terjemah 10 perkataan sahaja hehe

1. Kenyataan-Kenyataan Lapuk = التصريحات القديمة

2. Negara-negara Barat =  الدوائر الغربية

3. Golongan minoriti kristian yang kecil = الأقليل المسيحية الضئيلة

4. Isu = قضية

5. Gereja-gereja Barat = الكنائس الغربية

6. Ganjil = متغربة

7. Perhiasan Luaran = تحسين للصورة

8. Mengongkong Islam = احتكار الاسلام

9. Pemimpin Kapitalis = الأسياد العلمانيين

10. Penyembelihan Orang Islam = مذابه المسلمين

p/s : ok...ok...cukup! dah cukup had muatan hehe semoga berguna untuk semua :)




SYUKRAN JAZILAN

JOM MAIN-MAIN!!

Assalamualaikum...

Hari ini mood agak baik. Tiba-tiba nak try ada ke tak skill terjemah dalam diri ni hehe. Saya budak baru belajar kalau salah tolong betulkan ^_^ 


PART 1 (ARAB-BM)

الثلج يتداخل في حياة الانسان اليومية, من مختلف الطرق, لكونه ماء في حالة متجمدة, ولأنه يلعب دورا حيويا في النشاط الانساني, اذا تحتوي الجبال الثلجية والمناطق المتجمدة عند القطب الجنوبي والقطب الشماللي على أكثر من تسعين في المائة من مختزن المياه العذبة على سطح الأرض


Ais berkait rapat dengan kehidupan manusia seharian dalam pelbagai cara, kerana ia sebenarnya adalah air dalam bentuk beku.  Oleh kerana ia memainkan peranan yang penting dalam aktiviti manusia, kita dapati bukit-bukit ais dan kawasan beku di Kutub Selatan dan Utara   mengandungi lebih daripada 90% isi kandungan air tawar di permukaan bumi ini.



كما أن من الحقائق المسلمة بها أن خصوبة الأرضي الشمالية الباردة راجع الى أنها كانت مغطاة بالجليد حقبة طويلة من الزمن (يعتقد البعض أن كان في وقت الطوفان أو الفيضان الذي أغرق الأرض في عهد نوح عليه السلام ) , والبعض يعتقد أن هذا كان قبل ذلك بكثير, والله أعلم.


Begitu juga antara fakta yang diakui benar ialah bahawa kesuburan bumi sebelah utara yang sejuk itu kerana ia telah ditutupi oleh ketulan ais dalam suatu tempoh masa yang lama (dipercayai bahawa ini berlaku pada masa banjir besar yang telah menenggelami bumi pada zaman Nuh a.s.).  Sesetengah yang lain berpendapat ia telah berlaku lama sebelum itu lagi.  Allah sahaja yang Maha mengetahui.

P/S : haaaaa ok...ok....cukup sampai sini sahaj terjemahan kita..nanti sambung lagi hehe


SYUKRAN JAZILAN

فلسفةُ الحياة

Assalamualaikum...

Salam imtihan sahabat-sahabat! Sekarang ni dalam minggu yang agak kritikal sebab semuanya tengah berhadapan dengan Imtihan niha'ie. Masa ni la nak pulun habis-habisan baca nota sampai tak tidur malam. Mata pun dah jadi mata panda hehe. Apa-apa pun semoga usaha kita semua akan diberkati oleh Allah s.w.t.

Tengah dok ralit study subjek Terjemahan tiba-tiba teringat satu syair yang pernah saya belajar masa diploma dahulu. Terngiang-ngiang di telinga syair tersebut. Masih ingat lagi kami diwajibkan menghafal dan faham setiap bait-bait syair yang diberi. Macam nak menangis menghafal hehe tapi alhamdulillah, its worth! Syukran ustazah :)

Ini antara syair yang menjadi "fav" saya hehe. Jom2 baca dan sama-sama kita terjemahkan..


فلسفةُ الحياة – لإيليا أبي ماضِي

1-   أَيُّهَذا الشَّاكِي ومَا بِكَ دَا ء ٌ                كَيْفَ تَغْدُو إذَا غَدَوْتَ عَلِيلاَ
2-   وَتَرى الشَوكَ في الوُرُدِ وَ تَعْمَى         أَن تَرَى فَوقَهَا النَّدَى إكْلِيلاَ
3-   والذى نَفْسُهُ بِغَيرِ جَمالٍ                   لاَيَرَى فى الوُجُودِ شَيْئًا جَمِيلاَ
4-    فَتَمَتَّعْ بِالصُبْحِ مَا دُمْتَ فِيهِ              لاَ تَخَفْ ان يَزُولَ حَتَّى يَزُولاَ
5-   ادْرَكَتْ كُنْهَهَا طُيُورُالرَّوَابِى              فَمِنَ الْعَارِأَن تَظِلَّ جَهُولاَ


TERJEMAHAN SYAIR
FALSAFAH HIDUP- ILYA’ ABI MADHI


1-  Wahai orang yang suka mengeluh/sakit hati, apa penyakit kamu,
Bagaimana kamu mahu menjalani kehidupan jika kamu sakit
2- Kamu hanya melihat duri pada bunga-bunga ros dan kamu membutakan perlihatan kamu
     daripada embun yang bersinar bagaikan mahkota di atasnya
3-  Orang yang merasakan dirinya tiada keindahan dalam kehidupannya,
Lalu dia tidak akan mampu melihat keindahan/kenikmatan hidup itu
4-Maka, nikmatilah waktu-waktu pagi selagimana kamu mampu
    menikmatinya,
    Janganlah kamu takut sesuatu yang hilang sehingga ia benar-benar hilang.


p/s : maaf kalau ada kesilapan dalam terjemahan di atas. Syair di atas adalah hanya sebahagian sahaja. Itu sahaja yang mampu saya ingat, ingatan tak berapa kuat hehe


SALAM IMTIHAN. BITTAUFIQ WAN NAJJAH :)


SYUKRAN JAZILAN