kepada kawan-kawan sekuliah kami sesi 2012/2013 kami semua dari admin blog terjemahan arab-melayu-arab 1 ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang bakal menghampiri kita semua sebagai umat islam. marilah sama-sama kita berdoa supaya diberi kesempatan untuk terus mendapat dan merasai nikmat Pencipta kita yang masih memberi kita nyawa dan nafas untuk meneruskan kehidupan.
dan tidak lupa juga kepada pensyarah kami,dr, maheram bin ahmad,yang tidak jemu-jemu memberi kami kata-kata semangat untuk terus berjuang dalam medan peperiksaan. untuk mencurahkan segala ilmu yang telah beliau ajari. terima kasih banyak-banyak doktor. semoga kita semua akan bertemu kembali pada masa hadapan,jika diizinkan Allah.
dan kepada semua kawan-kawan kami semoga kamu semua dan juga kami akan mendapat keputusan yang terbaik untuk peperiksaan pada semester 2 ini. semoga mendapat keputusan yang cemerlang. bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. InSyaAllah,dengan izin-Nya.
kami semua juga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berhari raya kepada semua yang melawati blog kami. terima kasih banyak-banyak.
wink^^^^wink^^^^...