Thursday, 28 February 2013

teori terjemahan






baiklah,selepas beberapa hari tidak mengunjungi blog ini,hari ini,pada tanggal 28 februari 2013,saye ingin mendedahkan sedikit demi sedikit tentang prinsip-prinsip terjemahan..

Teori terjemahan ini telah dibawakan oleh ettiene dolat dalam sekitar awal tahun 1540..


ha..nak tahu,mane dapat,cari sendiri...


prinsip-prinspipnya ialah...


1)penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks asal.

2)penterjemah mestilah menguasai dengan baik bahasa asal dan bahasa penerima terjemahan itu.
3)penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan kerana perbuatan itu akan merosakkan makna asal teks tersebut dan menyebabkan terjemahan itu tidak indah untuk dibaca lagi.
4)penterjemaha hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan di dalam bahasa penerima untuk menggantikan bentuk-bentuk bahasa asalnya.
5)penterjemah mestilah mencipta semula kesan semangat keseluruhan teks.



Dolet juga mengatakan bahawa,amat penting untuk seseorang penterjemah mengetahui semangat dan tujuan pengarang asal. selain itu,beliau juga mengatakan penterjemah supaye tidak melakukan kesalahan terjemahan harfiah..kaedah yang terbaik adalah dengan menterjemah menggunakan gaya bahasa harian. kaedah ini amat sesuai digunakan untuk pembacaan orang awam..manakala,terjemahan secara unsur stilistik penting hanya untuk terjemahan yang serius sahaja..

SYUKRAN JAZILAN

Thursday, 21 February 2013

SAYANGI BAHASA ARAB KERANA IA ADALAH BAHASA SYURGA






Ini ada beberapa contoh perkataan yang telah diterjemahkan. daripada gambar diterjemahkan kepada bahasa arab kepada bahasa melayu dan akhirnya kepada bahasa inggeris. dengan penggunaan ketiga-tiga bahasa ini menunjukkan bahawa masyarakat melayu tidaklah ketandusan dalam mengetahui pelbagai jenis bahasa. ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan martabat orang melayu.

SYUKRAN JAZILAN

Wednesday, 20 February 2013

JENIS KAMUS YANG DIGUNAKAN




Ini adalah salah satu jenis kamus yang digunakan untuk mencari makna-makna dalam bahasa arab..selain kamus ini,terdapat banyak kamus lagi. untuk pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah mereka lebih menjurus dalam menggunakan kamus oxford pelajar.

SYUKRAN JAZILAN

MAKSUD TERJEMAHAN DARIPADA KAMUS BESAR MELAYU UTUSAN

Mengikut kamus besar bahasa melayu utusan,terjemahan bermaksud alihan bahasa ,pertalan,salinan,pindahan daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain.


makna kata "terjemahan"ada dalam pelbagai versi.

1) terjemahan kata demi kata>terjemahan hurufiah

2) terjemahan kulit>terjemahan erti perkataan-perkataannya,terjemahannya tidak berdasarkan maksudnya.
3) terjemahan menurut loghat>terjemahan sekata demi sekata
4) terjemahan tepat>terjemahan lurus
SYUKRAN JAZILAN